Analisa Trafik AWS S3 Dengan AWStats, Ubuntu

Alternatif percuma terbaik untuk Google Analytics (bagi saya) adalah Piwik. Mulanya ingat nak guna Piwik untuk analisa trafik dan download yang diterima di AWS S3. Tapi kemudian saya dapati Piwik, secanggih-canggih dia ni, tidak dapat menganalisa saiz data yang bergerak ataupun bandwidth.

Piwik memang hebat. Kalau untuk laman web memang elok. Dan ianya berfungsi lebih kurang sama macam Google Analytic, dengan code Javascript. Jadi memang senang nak digunakan dan data trafik pengunjung juga agak mendalam. Piwik juga boleh digunakan untuk analisa carian dalam laman web, digunakan bersama web e-commerce dan analisa jualan, dan lain-lain. Piwik juga ada pilihan untuk analisa log, tapi data yang ditarik dari log untuk dipaparkan agak terhad.

Jadi pilihan seterusnya adalah AWStats. Berbeza dengan Piwik, AWStats hanya berfungsi dengan membaca fail log. Webserver macam Apache, IIS semuanya ada menulis log trafik yang diterima. Dan AWStats membaca, menganalisa dan merumuskan log ini kepada paparan yang lebih mudah difahami. Oleh sebab cara ianya berfungsi yang sebegini, AWStats tidak boleh memberi maklumat pengunjung secara langsung atau “live”. Namun daripada log, kita boleh mengetahui saiz data yang telah dihantar kepada pengunjung. Contohnya, sekiranya sebuah fail PDF dimuat-turun, data saiz yang dihantar direkodkan sebagai log. Bila dikumpulkan data ini, kita tahu berapa banyak bandwidth yang telah kita gunakan. Ini penting untuk khidmat storan fail statik macam AWS S3.

AWS S3 sebenarnya mempunyai pelbagai ciri-ciri canggih, termasuklah menulis log untuk setiap capaian yang diterima. Ianya merekodkan fail yang diakses, tarikh, masa, saiz fail dan lain-lain. Log ini boleh digunakan bersama AWStats untuk mengetahui rumusan trafik yang diterima.

Mengetahui perincian ini berguna dalam memahami kenapa Amazon mengenakan caj yang telah dicajkan dalam bil bulanan. Ataupun sekiranya kita mengenakan caj kepada pelanggan lain, kita boleh memberikan bil ekstra apabila laman web beliau menggunakan lebih daripada kuota yang ditetapkan untuk dia.

Baiklah, apa-apa pun, ini langkah untuk mula menganalisa log AWS S3 denga AWStats. Elok saya maklumkan yang saya menggunakan server Ubuntu. Jadi itu andaian saya untuk langkah-langkah yang saya terangkan ini.

  1. Pasang & Konfigurasi AWStats
  2. Tetapan Konfigurasi Logging dan Lifecycle pada Bucket S3
  3. Muat-turun log S3 ke server dengan s3cmd
  4. Gunakan AWStats untuk menganalisa log S3
  5. Konfigurasi Apache untuk AWStats dan melihat rumusan analisa
  6. Automasi: gabungkan muat-turun log S3 dan analisa AWStats untuk dilaksanakan secara berkala (cron)

Continue reading Analisa Trafik AWS S3 Dengan AWStats, Ubuntu

Pemenang Cabaran CSS JOMWEB

Cabaran CSS JOMWEB telah berakhir beberapa minggu lalu. Maka ini saya umumkan pemenang-pemenangnya.

Tempat Pertama

Shaiful Lizam b. Abdul Latih
http://berbual.my/Jomwebcabaran/

Memenangi:

  • Langganan Percuma Setahun untuk Pakej VPS 256MB sumbangan ZenClouds
  • Sebuah buku, Marketplace 3.0 oleh Hiroshi Mikitani sumbangan Rakuten dan eCommerceMilo.com
  • PhpStorm IDE Personal License sumbangan JetBrains
  • Langgan 1-Tahun ke Pakej Developer di BootstrapStyler.com
  • Empat buah buku sumbangan Penerbit PTS (terima kasih kepada Izwan Robotys dan Azree Hanafiah)
    • Teknik Suntingan Foto Terbaik oleh Imran Abdul Jabar
    • Urus Bisnes dengan Google oleh Zamri Mohamad
    • Olahan Teks Fantastik dengan Adobe Photoshop
    • Tolonglah Jual Kepada Saya (Permission Marketing) oleh Seth Godin

Saguhati x 2

Mohd Huzairy
http://huzairy.com/JomWeb/Resumay/

Haziman bin Hashim
http://demo.appsho.me/UI-UX2/home.html

Setiap seorang memenangi

  • Sebuah buku, Marketplace 3.0 oleh Hiroshi Mikitani sumbangan Rakuten dan eCommerceMilo.com
  • Langgan 1-Tahun ke Pakej Pro di BootstrapStyler.com

 Download – https://github.com/kidino/css-jomweb-2013

 

Offiria Kini Open Source – Aplikasi Social Network untuk Organisasi dan Korporat

Offiria, sebuah aplikasi social network untuk organisasi dan korporat kini diberikan kepada umum secara percuma sebagai sebuah aplikasi open source. Offiria adalah sebuah produk oleh Azrul Rahim di bawah syarikatnya Slashes and Dots Sdn. Bhd., yang sebelum ini menerajui JomSocial.com (telah dijual).

offiria3

Bagi yang kurang mengetahui jenis aplikasi sebegini, budaya web intranet dalam korporat dan organisasi memang sudah lama wujud. Ianya berguna dalam menguruskan projek dan berkongsi fail-fail dan nota-nota penting. Namun dengan perkembangan Facebook, intranet yang ditawarkan kini lebih berbentuk social network.

Anda boleh andaikan ianya Facebook, tetapi untuk kerja. Selain daripada Offiria, terdapat juga syarikat lain di luar negara yang menawarkan aplikasi sebegini seperti Yammer dan Jive, yang keduanya ditawarkan secara komersial.

Offiria boleh didapati di pautan berikut:

Web Rasmi: https://www.offiria.com

Github: https://github.com/offiria/offiria

Bagi mereka yang berminat, boleh juga menyumbang kepada pembangunan Offiria dengan melihat source code dan mencadangkan pembaharuan.

Video: Association Rules dengan PHP dan MySQL

Lebih kurang setahun lepas, saya membuat video tutorial di YouTube untuk menyelesaikan masalah Association Rules dengan PHP dan MySQL. Sebelum ni saya hanya letakkan source code di laman web. Dan web itu saya dah tak guna lagi, akaun web hosting telah saya tutup. Terlupa saya yang video tutorial YouTube itu mempunyai pautan ke situ.

Baru-baru ini saya lihat kembali video-video YouTube saya, dan saya rasa elok saya pindahkan source code ke Github. Maka inilah dia.

Video Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=3J2Q5zyBeCE

Source Code di Github : https://github.com/kidino/php-assoc-rules

assoc-rulesApa Itu Association Rules

Saya pun bukan faham sangat, tapi secara amnya, kita nak mencari hubungkait sesuatu tindakan dengan tindakan yang lain. Dalam contoh yang biasa digunakan adalah untuk mengenalpasti berapa peratus yang membeli gula akan membeli susu. Dan berapa peratus pula yang membeli susu akan membeli gula. Dan juga mungkin apa-apa lagi barangan.

Kaedahnya begini

  1. Dapatkan jumlah transaksi yang mempunyai setiap item barang. Contoh, dari 100 transaksi, 37 mempunyai gula dan 21 mempunyai susu. Jangan lupa, transaksi ini mungkin bertindih dan mempunyai keduanya.
  2. Dapatkan jumlah transaksi yang mempunyai gula dan susu. Kita andaikan 15 transaksi daripada keseluruhan 100 tadi mempunyai kedua-dua gula dan susu.
  3. Daripada ini:
    1. 15/37 atau 40.54% pembeli gula akan membeli susu
    2. 15/21 atau 71.43% pembeli susu akan membeli gula

Inilah data yang ingin dicapai. Dengan peratusan yang lebih besar, kita boleh membuat beberapa rumusan, tetapi ini tertakluk kepada pemilik kedai. Mungkin pembeli susu boleh dicadangkan untuk membeli gula. Atau mungkin pemilik kedai juga boleh meletakkan rak gula di bahagian susu.

Harap ini semua membantu. 🙂

Jam Berasaskan Javascript Dengan Animasi CSS3

screenshot

Di JOMWEB.my, bermula dengan soalan teman-teman junior yang banyak berkisarkan array dan looping, satu idea telah diutarakan agar dibuat “programming challenge”. Dan dicadangkan oleh ahli yang lain pula untuk membina sebuah jam berasaskan javascript. Maka ini adalah entri saya.

Animated Javascript Clock with CSS3 (move.js)
http://iszuddinismail.com/js-clock ]

Boleh “view source” untuk tengok macam mana saya buat.

Codeigniter dengan Admin Panel dan Pembangunan Bermodul

Codeigniter pada dasarnya sudah pun sebuah kerangka PHP yang cukup mantap. Ianya mudah dipelajari dan banyak memudahkan proses pembangunan PHP. Namun bagi mereka yang inginkan ini dipermudahkan selangkah (mungkin 10 langkah) lagi, mereka boleh pertimbangkan penyelesaian ini.

Bayangkan Codeigniter digabungkan dengan antaramuka yang cantik, lengkap dengan ciri-ciri login, logout, lupa-katalaluan dan pengurusan pengguna. Malah juga memudahkan pembangunan dengan pengurusan modul aplikasi.

Dengan asas sistem bermodul, sesebuah modul boleh ditambah atau dibuang mengikut keperluan. Malah di masa hadapan, kita boleh membangunkan modul baru tanpa mengusik kod asas aplikasi.

Untuk Codeigniter, saya jumpa beberapa library dan kerangka yang boleh membantu di dalam proses ini. Berikut adalah hasil yang saya jumpa.

Continue reading Codeigniter dengan Admin Panel dan Pembangunan Bermodul

SQL Untuk Data Negara dan Negeri

Ini hasil korekkan di Geonames.org. Memang ada API dan Webservice di sana. Dan terdapat juga data yang boleh di-download. Maka saya download sahaja, susun sedikit dan masukkan ke dalam MySQL. Ini hasil eksport kembali dari MySQL itu. Kalau rasa berguna, download sahajalah.

Terdapat dua table di dalam ini. Satu countries dan satu lagi state_province. Contoh penggunaan adalah seperti:

[ Download SQL Negara dan Negeri ]

JQuery File Upload dan Codeigniter

Saya mencari sebuah library yang boleh membantu dalam operasi upload fail di browser. Sebolehnya, ianya mesti memberikan maklumbalas proses upload secara visual. Memang ada banyak. Salah satunya adalah JQuery File Upload oleh Sebastian Tschan.

JQuery File Upload

JQuery File Upload agak lengkap juga dengan APInya sendiri, dan juga contoh-contoh pemasangan untuk PHP, Ruby, Python, Java, Node.hs dan lain-lain. Selain dari itu, ia juga mempunyai API Javascript yang membolehkan kita mengubah ciri-ciri asalnya kepada sesuatu yang lebih sesuai dengan aplikasi yang kita bangunkan.

Codeigniter

Continue reading JQuery File Upload dan Codeigniter

Bagaimana Sebuah Projek “Open Source” Menjana Pendapatan

opensource-logo3Walaupun ianya sebuah projek open source, tetapi menjana pendapatan adalah mesti supaya ianya boleh dibangunkan dan berolah menjadi sesuatu yang masih releven pada setiap masa.

Ya, programmer pun perlu makan, bayar sewa, bayar minyak kereta dan sebagainya. Mereka perlu dibayar untuk masa yang mereka luangkan ke projek open source itu. Jadi sebuah projek open source, walaupun perisiannya diedarkan secara percuma masih memerlukan kewangan.

Kadang-kala nampak macam mustahil. Di sebelah kanan kita ingin menyebarkan sesuatu yang baik dan berguna, dan diberi percuma. Melakukan aktiviti (seolah) amal untuk sejagat. Tetapi di sebelah lagi, kita takkan berupaya melakukan semua itu kalau tiada sokongan kewangan yang kukuh.

Jadi bagaimana projek-projek open source melakukannya?

Mari kita lihat beberapa contoh…

Continue reading Bagaimana Sebuah Projek “Open Source” Menjana Pendapatan