Temuramah Akif Rabbani, 17, Pembangun Trackback.my

akif-2
Jejaki segala penghantaran pelanggan di satu tempat – https://trackback.my

Akif Rabbani adalah seorang lagi bakat hebat yang saya kenali dari JOMWEB.my. Baru berumur 17 tahun tetapi telah menghasilkan produk yang hebat, setanding pesaing luar negara. Produk yang dihasilkan adalah Trackback.my, sebuah perisian web yang mampu menjejaki pakej yang dihantar melalui pelbagai syarikat kurier.

Buat masa ini, Trackback.my mampu menjejaki pakej yang dihantar melalui 12 perkhidmatan kurier di Malaysia iaitu PosLaju, GDExpress, City-Link Express, Ta-q-bin, SkyNet, ABX Express Malaysia, Kangaroo Malaysia, Nationwide Express, PosDaftar, Airpak Express, DHL Express dan Pos Express.

akif-1
Akif Rabbani dengan laptop Hackintosh

Pastinya ini berguna untuk mereka yang menjual dan membeli secara online. Berikut adalah temuramah ringkas yang dibuat bersama Akif Rabbani.


Nama penuh?
Muhammad Akif Rabbani Bin Ab Rashid

Asal dari mana?
Semenyih. :v

Umur berapa tahun ni? Lahir tahun bila?
Sekarang ni 17, lahir tahun 1997.

Macam mana boleh dapat idea untuk buat Trackback.my?
Lepas banyak beli barang online, tapi payah nak key in semua tracking code yang panjang berjela tu. Website tracking pulak tak mesra pengguna langsung. Lepas beli satu barang ni (Speaker) terus buat prototaip untuk PosLaju tracking dengan notification ke e-mel. Malam tu jugak siap. :v

Sebelum lebih terperinci dengan trackback.my, macam mana boleh mula belajar programming?
Belajar programming dari darjah 4 lagi (Liberty BASIC), lepas tu baru belajar buat website simple-simple, webapp dan lain-lain.

Buat trackback.my guna programming apa? Framework apa?
PHP, https://github.com/akifrabbani/pepatung

Server dan platform pula? Database?
DigitalOcean, CentOS, MySQL, Memcached.

Berapa lama masa diambil untuk buat Trackback.my? Masa bila buat ni? Homework buat tak?
Sebenarnya Trackback dah siap lama dah. Yang lama polish dekat design je. :v Kerja sekolah siap la jugak. hahahah

Apa cabaran paling sukar dari segi teknikal untuk membangunkan Trackback.my?
Macam mana nak scale crawl engine supaya tak flood request dekat server courier? :v

Pakai komputer jenis apa untuk buat programming? Windows? Mac? Linux? Apa specs?
Sedih ceritanya. T_T

Hackintosh on PC with VirtualBox instance (CentOS). Khas untuk replicate production environment. Siapa-siapa kalau sudi nak sponsor Mac amat digalakkan.

Dah berapa lama Trackback.my sejak dilancarkan? Macam mana dengan penggunaan sekarang? (berapa pengguna, berapa parcel ditrack pada satu-satu masa)
Baru sebulan je secara officialnya (temuramah lambat diblog, sudah lebih 2 bulan dari tarikh blog ini). Pengguna terkumpul sekarang ialah 552, parcel yang terkumpul ada 780.

Habis tu belajar sekolah macam mana? Ibu ayah tak marah banyak main programming je?
Lambat la jugak nak tangkap. Hahaha marah lah.

Mak ayah kerja apa?
Mak kerja cikgu, ayah kerja pengurus cawangan Pos Malaysia (Trackback tak ada kaitan sama sekali ya)

Apa perancangan masa depan? Masuk belajar di universiti? Buat kerja-kerja programming sepenuh masa?
Masuk universiti dulu, lepas tu programming ler.

Macam mana pula dengan perancangan masa depan untuk Trackback.my?
Kami akan tambah lebih banyak courier. Android dan iOS app juga akan siap tidak lama lagi. (Sekali lagi, siapa nak sponsor iPhone amat digalakkan).

Kalau ada orang nak beli Trackback.my macam mana? Kalau ada orang nak melabur pula macam mana?
Jual ler. Melabur? Mari ler. Digalakkan.


Apabila berbincang secara ringkas dengan Akif, antara masalah yang dihadapinya adalah untuk mendaftar perniagaan secara sah kerana dia belum berusia 18 tahun lagi. Namun pasti ianya bukanlah masalah yang kekal. Trackback.my mempunyai potensi yang besar. Dan diharapkan ianya menjadi sebuah perkhidmatan yang lebih maju kelak.

Di samping mengendalikan Trackback.my, saya difahamkan beliau juga membuat kerja sampingan dengan memberi khidmat sokongan untuk sebuah syarikat web hosting tempatan.

Namun sebenarnya, Akif sedang sibuk mengulangkaji untuk SPM yang bakal dihadapinya kelak. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang kelak.

21 thoughts on “Temuramah Akif Rabbani, 17, Pembangun Trackback.my”

Leave a Reply