Codeigniter dengan Admin Panel dan Pembangunan Bermodul

Codeigniter pada dasarnya sudah pun sebuah kerangka PHP yang cukup mantap. Ianya mudah dipelajari dan banyak memudahkan proses pembangunan PHP. Namun bagi mereka yang inginkan ini dipermudahkan selangkah (mungkin 10 langkah) lagi, mereka boleh pertimbangkan penyelesaian ini.

Bayangkan Codeigniter digabungkan dengan antaramuka yang cantik, lengkap dengan ciri-ciri login, logout, lupa-katalaluan dan pengurusan pengguna. Malah juga memudahkan pembangunan dengan pengurusan modul aplikasi.

Dengan asas sistem bermodul, sesebuah modul boleh ditambah atau dibuang mengikut keperluan. Malah di masa hadapan, kita boleh membangunkan modul baru tanpa mengusik kod asas aplikasi.

Untuk Codeigniter, saya jumpa beberapa library dan kerangka yang boleh membantu di dalam proses ini. Berikut adalah hasil yang saya jumpa.

adminpro Codeigniter Admin Prohttp://codecanyon.net/item/codeigniter-admin-pro/4693643

Sistem ini dibangunkan oleh seorang ahli di CodeCanyon.net dari Vietname dan dijual pada harga $21 USD. Melihat daripada video, kita hampir tidak perlu menulis sebarang kod pun untuk membina sebuah aplikasi.


bonfire CI Bonfirehttp://cibonfire.com/

Dibangunkan oleh Lonnie Ezell sejak 2011. Ianya banyak digunakan oleh peminat Codeigniter dan juga agensi web and pengiklanan. Dengan Bonfire anda boleh terus mula membina modul yang diperlukan dan segala hal tentang pengguna, login, logout, kebenaran akses (ACL) dan lain-lain sudah siap terbina.


hero Hero Frameworkhttp://www.heroframework.com/

Dahulunya dikenali sebagai Caribou CMS, dan kemudian diopen-source sebagai Hero Framework. Pada dasarnya ianya mungkin sebuah CMS namun ianya fleksible untuk membangunkan apa jua jenis aplikasi web.

One thought on “Codeigniter dengan Admin Panel dan Pembangunan Bermodul”

Leave a Reply