Categories
Business Graphic Startup

RM215 Untuk Membina Empayar Jenama T-Shirt Sendiri

colored-t-shirts-2-1426850-1280x960Masalah yang biasa kalau kita jual produk fizikal adalah kita kena keluarkan belanja yang besar untuk mengeluarkan produk. Contoh yang biasa, kita buat design tshirt baru. Ada dua kaedah yang biasa bila kita nak jual.

Bila kita bercerita dengan pengilang, mesti mereka bagi kita jumlah minima untuk buat tempahan. Paling sikit pun mesti 10 helai. Ada yang dah tak mahu layan kalau pesanan kurang dari 100.

Jadi apa pilihan yang kita ada kalau kita nak jual tshirt?

Mungkin kita boleh kumpulkan pesanan dulu. Kalau cukup, kita print tshirt dengan pengilang. Kalau design tshirt untuk persatuan, kelab macam group JOMWEB ni bolehlah.

Tapi kalau kita ada idea tertentu, macam design untuk “Geng Masjid” atau “Den Orang Rombau”, mungkin kita kena tawakkal je dan keluarkan belanja untuk 100 helai tshirt tu. Lepas tu jual terus.

Yang dikhuatiri adalah sekiranya tshirt tak laku. Kalau sehelai tshirt dibeli pada kos RM20 (andaikan banyak warna pada design), kita dah belanja RM2000 untuk 100 helai tshirt.

Dalam dunia IT dan startup ni, banyak orang cerita pasal validation.

Kalau jual tshirt, dah ada pengilang yang boleh jual dengan kualiti yang baik, dengan harga yang murah, dan dengan kuantiti kecil — sehelai pun boleh.

Jadi dengan idea “Den Orang Rombau”, bolehlah kita buat design cantik-cantik, buat website e-commerce dan ambil pesanan secara online. Ada order, kita pun order juga dengan supplier kita, walaupun sehelai. Kalau takde, takdelah… kita takde keluar belanja apa pun.

Nak paparkan 1 design kat website boleh, nak paparkan 1000 design kat website pun boleh — jual je semua.

printcious1

Kalau kat Malaysia ni, boleh cuba guna Printcious untuk buat macam ni. Dan mereka pun ada program reseller yang bermula dari RM130 (eh? dulu minimum RM300) sebagai kredit “topup”. Juga, kalau guna Printcious, mereka boleh tolong poskan terus kepada pelanggan.

Jadinya, apakah modal untuk membina sebuah jenama tshirt baru sekarang ni?

– Domain – RM50 setahun
– Website e-commerce – RM35 sebulan
– Topup Printcious.com – RM130
– Design — buat sendiri
Jumlah : RM 215

Dengan ShopStrap.com, kita boleh buat website e-commerce untuk mula berjual online. RM35 tetap setiap bulan nak kena bayar. Kalau kita bayar setahun terus, mungkin boleh dapat diskaun lagi. Tapi mari kita buat sikit kira-kira kalau kita hanya jual 5 helai tshirt sahaja sebulan.

shopstrap

Harga sehelai : RM50
Jualan Sebulan : RM50 x 10 helai = RM500
Modal : RM 385
– Kedai online : RM35
– Printcious : RM35 x 10 = RM 350 (tshirt cotton dengan kaedah direct to garment atau DTG)
Untung : RM115

OKlah … tak banyak sangat. Tapi kita juga tak ambil risiko yang besar. Kalau kita tempah stok 300 helai, mungkin margin kita lagi besar. Tapi sabarlah dulu. Kalau design tu memang boleh jual, kemudian nanti kita pertimbangkan nak ambil stok.

Di peringkat awal, yang lebih penting, kita kena buat “validation” — persoalan yang penting, boleh jual atau tidak?

Selain dari itu, kita gunakan Printcious, kita boleh buat semua ni secara sampingan. Tak perlu nak berhenti kerja. Tak perlu nak risau pasal order. Tak perlu nak pergi kutip stok, pergi Poslaju, tulis alamat pada borang… mungkin sedikit kerja manual copy-paste ke Printcious (dengarnya mungkin Printcious akan buat API untuk e-commerce kemudian).

Kalau betul berhasil, untung sampai boleh gantikan gaji sekarang, bolehlah kalau beralih dan jadikan bisnes sepenuh masa.

Sebelum terlupa, Printcious juga ada promosi istimewa untuk kawan-kawan startup macam mereka.

Kalau kawan-kawan startup nak cetak tshirt, badge, lanyard, beg program, dan lain-lain, boleh pertimbangkan Printcious.

http://www.printcious.my/dealer-program

http://www.printcious.my/startup-promo

http://shopstrap.com

Sebelum terlupa, kawan-kawan yang ada jenama T-Shirt sendiri, saya alu-alukan untuk berkongsi URL laman web anda di komen di bawah.

Selamat maju jaya.

3 replies on “RM215 Untuk Membina Empayar Jenama T-Shirt Sendiri”

been looking for this forever. terima kasih banyak2. at least now i have rough idea on how to start a small side business. susah dengan ekonomi sekarang ni, tambah2 jadi student lagi. huhu

Leave a Reply