Pemenang Cabaran CSS JOMWEB

Cabaran CSS JOMWEB telah berakhir beberapa minggu lalu. Maka ini saya umumkan pemenang-pemenangnya.

Tempat Pertama

Shaiful Lizam b. Abdul Latih
http://berbual.my/Jomwebcabaran/

Memenangi:

  • Langganan Percuma Setahun untuk Pakej VPS 256MB sumbangan ZenClouds
  • Sebuah buku, Marketplace 3.0 oleh Hiroshi Mikitani sumbangan Rakuten dan eCommerceMilo.com
  • PhpStorm IDE Personal License sumbangan JetBrains
  • Langgan 1-Tahun ke Pakej Developer di BootstrapStyler.com
  • Empat buah buku sumbangan Penerbit PTS (terima kasih kepada Izwan Robotys dan Azree Hanafiah)
    • Teknik Suntingan Foto Terbaik oleh Imran Abdul Jabar
    • Urus Bisnes dengan Google oleh Zamri Mohamad
    • Olahan Teks Fantastik dengan Adobe Photoshop
    • Tolonglah Jual Kepada Saya (Permission Marketing) oleh Seth Godin

Saguhati x 2

Mohd Huzairy
http://huzairy.com/JomWeb/Resumay/

Haziman bin Hashim
http://demo.appsho.me/UI-UX2/home.html

Setiap seorang memenangi

  • Sebuah buku, Marketplace 3.0 oleh Hiroshi Mikitani sumbangan Rakuten dan eCommerceMilo.com
  • Langgan 1-Tahun ke Pakej Pro di BootstrapStyler.com

 Download – https://github.com/kidino/css-jomweb-2013

 

Pengalaman Pertama Menyempurnakan Jualan $5 Di Fiverr.com

first-order

Beberapa minggu lepas saya mencuba Fiverr.com sebagai penjual. Fiverr.com adalah sebuah laman web marketplace yang mengumpulkan penjual dan pembeli. Di sini anda boleh menjual dan membeli perkhidmatan (bermula) pada $5USD. Anda boleh dapatkan seseorang untuk melukis, membuat video, melakukan perkara aneh, membina laman web, membuat kerja-kerja terjemahan dan bermacam-macam lagi.

Dah lama saya anggotai Fiverr ni. Lebih dari dua tahun. Tapi baru-baru ini saya terasa untuk cuba menjual. Saya tak pernah menjual di Fiverr sebelum ini. Maka saya pun menulis sebuah gig. Gig di sini bermaksud sebuah perkhidmatan yang ditawarkan oleh penjual.

Maka ini cerita bagaimana saya mendapat jualan pertama saya di Fiverr baru-baru ini.

Continue reading Pengalaman Pertama Menyempurnakan Jualan $5 Di Fiverr.com

Mencari Jalan Pulang: Cabaran Programming Maze dari Lizard-Apps.com

Lebih kurang dua minggu lepas, saya menjumpai blog Menno dari Lizard-Apps.com yang mencabar programmer untuk menyelesaikan masalah maze dengan menulis algorithm dalam apa jua bahasa yang kita biasa. Saya rasa ianya agak menarik. Maka saya pun mencubanya. Saya tidak menulis apa-apa di blog ini pada ketika itu kerana saya ingin membiarkan Menno mengumumkan hasil penyertaan umum sebelum menulis post ini.

Hari ini, Menno telah mengumumkan penyelesaiannya dan penyertaan yang diterima. Jadi hari ini saya berikan anda penyelesaian saya, sama seperti yang saya hantarkan kepada Menno. Ianya sekarang berada di Github.

PHP Maze Recursion Solving ]

Saya mempunyai idea kasar untuk menyelesaikan masalah ini. Tetapi apabila recursion saya tidak menjadi, saya mencari algorithm di Internet. Saya jumpai sebuah algorithm oleh Robert I. Pitts dari Boston University yang tidak jauh daripada idea saya.

Secara amnya, ini adalah kod saya. Ianya menggunakan PHP. Dan ianya adalah untuk dijalankan di command line dan bukan di web.

Hati-hati Dengan Compress Output (GZip) Codeigniter dan Ajax

Menggunakan compression (pemadatan?) Gzip bersama Codeigniter untuk menghantar data ke browser boleh mempercepatkan web kita. Namun kita perlu berhati-hati sekiranya kita banyak menggunakan Ajax dan JSON.

Untuk membolehkan data dihantar dengan compression, kita boleh menukar setting kita di application/config/config.php.

Tapi ianya berfungsi bersama $this->load->view(). Segalanya akan rosak sekiranya kita menggunakan arahan echo di dalam controller kita. Dan ini biasa kita lakukan untuk backend kepada proses Ajax kita, termasuklah untuk sebarang plugin jQuery seperti Databtable, grid, inline editing dan lain-lain.

Jadi untuk menghantar maklumbalas kembali ke Javascript yang memanggil backend, kita mesti menggunakan $this->load->view(). Kita boleh membina sebuah dengan nama ajax.php yang mengandungi kod seperti ini.

Dan di dalam controller, kita kod seperti ini.

Video: Tutorial Array Dengan PHP

Ini lagi video tutorial yang saya letakkan di YouTube. Ia mengajar array, indexed array, associative array, dan juga teknik-teknik untuk membuat grouping.

Bahagian 1 – http://www.youtube.com/watch?v=ExhWMWUQnGU

Bahagian 2 – http://www.youtube.com/watch?v=PNoY-Nt11q4

Teknik Grouping

Bahagian 3 – http://www.youtube.com/watch?v=I9D09P8ug2E

Bahagian 4 – http://www.youtube.com/watch?v=Cs3YCw9c7rI

Bahagian 5 – http://www.youtube.com/watch?v=OjzYOk_jNI4

Download Source Code di Github.com

https://github.com/kidino/Tutorial-Array-PHP

Video: Association Rules dengan PHP dan MySQL

Lebih kurang setahun lepas, saya membuat video tutorial di YouTube untuk menyelesaikan masalah Association Rules dengan PHP dan MySQL. Sebelum ni saya hanya letakkan source code di laman web. Dan web itu saya dah tak guna lagi, akaun web hosting telah saya tutup. Terlupa saya yang video tutorial YouTube itu mempunyai pautan ke situ.

Baru-baru ini saya lihat kembali video-video YouTube saya, dan saya rasa elok saya pindahkan source code ke Github. Maka inilah dia.

Video Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=3J2Q5zyBeCE

Source Code di Github : https://github.com/kidino/php-assoc-rules

assoc-rulesApa Itu Association Rules

Saya pun bukan faham sangat, tapi secara amnya, kita nak mencari hubungkait sesuatu tindakan dengan tindakan yang lain. Dalam contoh yang biasa digunakan adalah untuk mengenalpasti berapa peratus yang membeli gula akan membeli susu. Dan berapa peratus pula yang membeli susu akan membeli gula. Dan juga mungkin apa-apa lagi barangan.

Kaedahnya begini

  1. Dapatkan jumlah transaksi yang mempunyai setiap item barang. Contoh, dari 100 transaksi, 37 mempunyai gula dan 21 mempunyai susu. Jangan lupa, transaksi ini mungkin bertindih dan mempunyai keduanya.
  2. Dapatkan jumlah transaksi yang mempunyai gula dan susu. Kita andaikan 15 transaksi daripada keseluruhan 100 tadi mempunyai kedua-dua gula dan susu.
  3. Daripada ini:
    1. 15/37 atau 40.54% pembeli gula akan membeli susu
    2. 15/21 atau 71.43% pembeli susu akan membeli gula

Inilah data yang ingin dicapai. Dengan peratusan yang lebih besar, kita boleh membuat beberapa rumusan, tetapi ini tertakluk kepada pemilik kedai. Mungkin pembeli susu boleh dicadangkan untuk membeli gula. Atau mungkin pemilik kedai juga boleh meletakkan rak gula di bahagian susu.

Harap ini semua membantu. 🙂