Saya Gunakan…

Dalam internet dan programming ni ada beberapa perkhidmatan yang saya gunakan, dan saya boleh syorkan kepada yang lain. Antaranya adalah seperti berikut:

RunCloud.io

RunCloud.io memudahkan kerja-kerja pemasangan dan konfigurasi server Linux untuk aplikasi PHP kita. Cuba bayangkan kena laksanakan arahan-arahan Linux untuk memasang PHP, Apache, MySQL/MariaDB. Dan kemudian konfigurasi lagi, nak pasang virtual host, pasang modul-modul PHP dan Apache, dan lain-lain. Ini semua boleh jadi berjam. Kita pun bukannya hafal segala arahan ini. Mencarilah kita di Internet dan Google.

Tapi ada RunCloud ni senang. Kita connect sahaja server kita yang berada di AWS, Digital Ocean, Linode ataupun di Exabytes. Hampir mana-mana VPS server boleh digunakan dengan RunCloud.io, asalkan ianya Ubuntu versi 16.04.

DigitalOcean.com

ss-digitalocean

Ini adalah syarikat cloud hosting yang boleh anda langgani dengan harga $5 sebulan. Malah website ini juga menggunakan perkhidmatan DigitalOcean. Mungkin perlukan sedikit pengetahuan server, tapi rasanya sangat berbaloi. Kalau tak pandai cloud hosting dan sebagainya, ini tempat untuk mula belajar.

CloudWays.com

ss-cloudways

DigitalOcean.com, walaupun banyak ciri-ciri yang memudahkan, CloudWays akan lebih memudahkan lagi pengurusan server anda. Panel CloudWays boleh membina server anda di DigitalOcean dan AWS. Dan teknologi yang mereka gunakan juga membuat server dapat menerima trafik yang lebih banyak.

Dengan CloudWays, lebih mudah untuk deploy codes dari Github atau Gitlab, lebih mudah untuk pasal SSL dan banyak lagi.