Tanggal 4 Julai 2013 ini bermula semula aktiviti blogging oleh Iszuddin Ismail, setelah ditinggalkan sekian lama. Bertahun juga rasanya.
Saya graduan UTM Skudai dalam jurusan sains komputer, tamat pengajian pada 2001. Dan sekarang saya seorang programmer, co-founder, dan boleh dikatakan CTO juga untuk E-Sentral.com. Kami menjual buku-buku penerbit tempatan dan luar negara dalam bentuk digital, atau ebook.
Minat saya adalah dalam bidang pembangunan web. Sudah lebih 14 tahun saya membangunkan web dan sistem dengan PHP, MySQL, HTML, CSS, jQuery, teknologi Ajax dan lain-lain.
Penulisan
Penulisan saya di blog ini banyak berkisar tentang programming, bisnes dan mungkin juga hal-hal peribadi.
Secara amnya saya suka membaca kisah-kisah usawahan IT, terutamanya mereka yang membangunkan produk sendiri. Saya sangat hormati individu sebegini, tak kisahlah sama ada mereka dari dalam negeri ataupun luar negara.
Selain daripada itu, saya suka mengenalpasti teknologi baru dan platform yang digunakan dalam pembangunan web, aplikasi atau game.
Antara kisah kerja-kerja lampau dan kini
- Salah seorang daripada lima penerima Anugerah BEE 2014 oleh MCMC sebagai usahawan broadband melalui kerja-kerja dalam E-Sentral.com
- E-Sentral.com, developer pertama yang terlibat dalam projek:
- web e-commerce yang menjual ebook dengan integrasi dengan iPay88, MOLPay, Paypal dan Webcash
- sistem API dan pengedaran ebook kepada pengguna melalui aplikasi reader
- membangunkan versi pertam e-reader Android
- menyelia segala hal berkaitan server, backup, load balancer, SSL certificates, crons, queues, dan segala macam operasi digital di Amazon Web Service dan Exabyte Clouds
- integrasi and kelancaran index dan carian menggunakan Sphinx search engine
- sistem Publisher’s Panel untuk serahan ebook oleh penerbit
- sistem Moderator untuk kegunaan dalaman syarikat
- memulakan sistem penerimaan dan pemprosesan ebook secara API daripada aggregator luar negara melibatkan data ONIX
- Pembangunan E-Studio authouring tool, terutamanya bahagian pempakejan kerja kepada ePUB
- Terlibat di dalam projek Samsung Smart Library, terutamanya untuk Perpustakaan Negara Malaysia. Merangkumi pelbagai API untuk komunikasi dengan peranti mobail, pembangunan kiosk dengan Node-Webkit, pembangunan aplikasi pendaftaran dengan Phonegap.
- Membangunkan plugin WordPress untuk BusinessInsider Malaysia dan serantau (fetch new content from US site via API)
- Terlibat dengan pembangunan sistem HR berasaskan web di syarikat lama dengan Perl dan MySQL
- Memasang sistem tempahan bilik mesyuarat di syarikat lama
- Membangunkan sistem penjadualan workshop dan kelas ringkas untuk IPS USM
- Membangunkan sistem web dan SMS dengan gabungan 8 buah peranti Gammu
- Projek Android app peribadi bersama anak-anak. Flashcard menunjukkan ejaan, gambar dan sebutan binatang dalam bahasa Inggeris. Suara oleh anak-anak, Iman dan Akid. Lihat di Google Play.
- UPLOADnSELL.com, laman yang memudahkan penjual menjual produk digital dengan Paypal — telah dijual
- Penerima anugerah Top Affiliate untuk XSitePro
- CoolComputerCases.com – laman web affiliate pertama saya, memaparkan produk-produk perkakasan komputer yang saya monetize dengan CJ.com. Telah dijual.
- SAGear.net – laman web affiliate juga, memaparkan produk-produk Swiss Army yang saya monetize dengan CJ.com. Telah dijual.
- Sistem keahlian dan pengesahan domain Persatuan Usahawan Internet Malaysia – ahli.PUIM.org.my (kerja upahan)
- ImpianRimba.com (kerja upahan)
- BaggageSolutions.com.my (kerja upahan)
- ElizaSteeple.com (kerja upahan)
- DreamWhipper.com (milik peribadi)
- UNIKIDsity.com.my (kerja upahan)
- RotaryClubMelawati.org (kerja upahan)
- KOJUTA.com (kerja upahan)
Github
Github – https://github.com/kidino
- Skrip untuk otomasi kemaskini kod di server di bawah load balancer Amazon Web Server (ELB). PHP skrip ini digunakan bersama dengan server Git seperti Github, Gitlab atau BitBucket, dengan hook. Apabila programmer membuat push, ianya akan memberi arahan kepada server-server di bawah ELB untuk mengemaskini kod dengan arahan git pull. Git Deploy ELB
- Menunjukkan cara menyimpan dan memaparkan data kehadiran untuk kelas berkala. Dibangunkan dengan PHP dan MySQL
https://github.com/kidino/kehadiran - Projek ini menyenaraikan syarikat web hosting di Malaysia dan versi PHP yang digunakan di website mereka
https://github.com/kidino/Malaysia-s-Web-Hosts-and-X-Powered-By - Sebuah plugin untuk pembangunan aplikasi mobail dengan Phonegap yang membantu membina Alert Dialog List (Android)
https://github.com/kidino/phonegap-alertdialoglist-plugin - Library untuk CodeIgniter yang memudahkan integrasi Paypal Express Checkout
https://github.com/kidino/paypal_ec - Contoh ringkas aplikasi blog dengan login-logout dibangunkan dengan CodeIgniter
https://github.com/kidino/CodeIgniter - Mengandungi beberapa permainan padanan ringkas untuk kanak-kanak. Kira-kira, ABC dan bentuk. Dibangunkan dengan Phonegap.
https://github.com/kidino/phonegap-drag-match - Penyertaan kepada pertandingan programming mencari laluan untuk maze
https://github.com/kidino/PHP-Maze-Recursive-Solving - Kod sisipan untuk Tutorial PHP dan Array
https://github.com/kidino/Tutorial-Array-PHP - Kod sisipan untuk Tutorial Association Rules dengan PHP
https://github.com/kidino/php-assoc-rules
Ini kerja-kerja ringkas, bermain-main dengan Javascript, JQuery dan CSS.
Iszuddin Ismail di JSFiddle.net
JOMWEB – Hero2 IT & Programming Tanah Melayu
Sebagai satu aktiviti masa lapang, saya menjalankan pelbagai aktiviti bersama programmer dan pakar IT tempatan dalam kumpulan JOMWEB. JOMWEB bermula sebagai sebuah grup di Facebook, kita bernaung di bawah Persatuan Usahawan Internet Malaysia sebagai sebuah cabang kluster.
Di masa yang lepas, JOMWEB telah menganjur pelbagai aktiviti seperti meetup, bengkel dan woksyop secara santai untuk topik-topik seperti
- Git
- Laravel
- Server Scaling
- Mobile Development dengan Hybrid & Native
- Game Development
- IT Hardware dengan Arduino, Raspberry Pi, dll
- PHP, .NET,
- dan lain-lain…
Sekiranya anda berminat dengan web, IT dan programming, sertai kami di Facebook kami.
One reply on “Saya”
salam..nal tau en iszuddin boleh buat app tak .. dan kalau boleh mcm ne nak hubungi..