Saya pun masih baru dengan Git ni semua. Kalau yang baru berkecimpung, antara pilihan yang mula dikenali untuk khidmat hosting Git pastinya GitHub dan BitBucket. Memang bagus keduanya itu.
GitHub membenarkan pengguna memulakan projek Git terbuka tanpa had. Projek terbuka bermakna pengguna GitHub lain boleh mendapatkan source code kita. Malah boleh juga menyumbangkan pengubahsuaian dan penambahbaikan mereka kepada projek kita. Kita perlu membayar apabila ingin memulakan projek tertutup.
BitBucket pula membenarkan jumlah projek Git tertutup tanpa had. Tetapi ianya hanya membenarkan kita menjemput sehingga lima (5) pengguna sahaja untuk membantu dalam projek-projek tertutup kita. Sekiranya pasukan pembangun kita mula berkembang, kita mungkin perlu lebih daripada 5 pengguna untuk projek-projek kita. Di saat itu, BitBucket akan meminta kita membayar.
Sekiranya kita mahukan sebuah Git server tanpa kekangan seperti tadi, pilihannya adalah untuk memasangnya sendiri di server kita. Dan server ini pastinya memerlukan kita membayar khidmat hosting. Itu belum menjadikannya percuma.
Pilihan aplikasi Git yang boleh saya cadangkan adalah
GitLab – dengan pengurusan web dan dibangunkan dengan Ruby on Rails. Memerlukan server web seperti Apache atau Nginx. Pemasangan juga rumit dan panjang. Namun ianya lengkap dan paling hampir dengan cara kerja di GitHuib.
GitBlit – dibangunkan dengan Java dan disertakan sekali dengan server web. Maka Nginx atau Apache tidak diperlukan. Ianya juga mudah dipasang kerana tidak memerlukan pemasangan aplikasi sokongan luar.
Bagaimana saya mendapatkan Git hosting percuma?
Menyewa sebuah server agak mahal. Sekiranya kita mahu memasang GitBlit atau GitLab saya cadangkan kita gunakan khidmat cloud hosting yang semakin banyak ditawarkan sekarang.
Saya gunakan DigitalOcean. Saya bukanlah banyak sangat pengalaman dengan cloud hosting ni. Adalah sedikit dengan Amazon Web Service. Tetapi DigitalOcean ni sangat menarik perhatian. Harganya bermula dari $5 USD sebulan, untuk ruang storan 20GB, 1TB data transfer dan RAM sebanyak 512MB. Untuk kuasa server seperti ini dan harga sebegini, ini mungkin lebih baik daripada shared hosting biasa.
Namun elok saya ingatkan, cloud hosting ni bukanlah senang digunakan. Tapi kalau dibezakan dengan Amazon, ianya tidak sekompleks. Kita perlu tahu SSH, arahan-arahan Linux dan sebagainya. Malah perlu pasang web server, PHP, MySQL dan lain-lain secara sendiri. Kalau nak mula belajar gunakan cloud hosting, elok juga DigitalOcean ni sebagai saya platform pembelajaran. Kalau perlukan sesuatu yang lebih, mungkin kelak boleh beralih ke Amazon Web Service.
Berbalik kepada cerita Git hosting percuma. Ya, mungkin ada yang dah boleh teka. Saya memasang sebuah aplikasi Git server di DigitalOcean. Aplikasi pilihan saya adalah GitLab. Tetapi ceritanya tak habis lagi.
DigitalOcean juga memberi peluang kepada pengguna mereka untuk memperkenalkan servis mereka kepada orang lain (seperti yang saya lakukan sekarang). Rakan-rakan yang saya hantar ke DigitalOcean, sekiranya mereka melanggan servis cloud hosting ini, saya akan diberikan $10. Satu pelanggan baru yang saya perkenalkan cukup untuk membayar hosting selama dua bulan.
(rasa macam buat promosi MLM pulak!)
Setakat ini, sedar tidak sedar, sudah 5 orang menjadi pelanggan baru DigitalOcean hasil daripada promosi saya. $50 cukup untuk membayar hosting DigitalOcean saya untuk 10 bulan. Mungkin sedikit lagi, cukup untuk bil setahun. 🙂
Jadi begitulah saya mendapat Git hosting tanpa had secara percuma. Oh, sebenarnya sekiranya tidak mahu ganjaran promosi ditukarkan untuk bayaran kepada hosting, anda juga boleh memilih untuk menerima wang tunai melalui Paypal.
Baiklah, untuk penghujung post kali ini, saya menawarkan kepada kawan-kawan yang membaca, sekiranya memerlukan sebarang bantuan dengan DigitalOcean, boleh menulis komen di bawah. Saya akan cuba membantu setakat ilmu yang ada.
3 replies on “Git Hosting Percuma Dengan 100,000 Repo dan Jumlah Pengguna Tanpa Had”
Setakat ini sudah mendapat enam referral atau $60 yang bakal diterima. Ini sudah cukup untuk hosting di DigitalOcean selama setahun, dengan andaian keperluan hosting saya tidak meningkat. 😉
gitlab ada juga sediakan cloud hosting percuma di gitlab.com, limitationnya 10 users untuk private repo
tahu… yang malas nak setup, atau nak rasa dulu macam mana rupa gitlab ni, bolehlah ambil plan percuma di Gitlab.com. https://gitlab.com/users/sign_up