Adakala kita dapat “job” yang mana pihak lain yang berurusan dengan klien. Saya panggil mereka ini pihak “fronting”. Ini bagus juga sebab freelancer tak perlu berurusan dengan klien dan tahu pasal sakit pening permintaan dan urusniaga.
Cara yang berurusan dengan pihak fronting ini ada dua pendekatan.
1 – Pendekatan Telus
Ini di mana kita berbincang secara telus dan menetapkan harga bersama pihak fronting. Dalam kaedah ini, pihak fronting akan menyatakan dengan jelas berapa harga yang akan dicaj klien dan berapa bajet untuk kita pula. Dalam keadaan ini, mungkin kita boleh pertimbangkan bayaran secara “back-to-back” sekiranya perlu. Ini di mana pihak fronting bayar kita sejurus mereka dapat bayaran daripada klien.
2 – Harga Tetap
Kadang-kala ada juga pihak fronting yang hanya mahukan harga kita untuk sesebuah tugasan. Maka kita boleh tetapkan berapa harga yang kita rasakan sesuai dan berbaloi dengan tempoh masa dan tugasan. Tapi dalam keadaan ini, jangan ambil pusing bila harga kita RM2,000 dan kemudian kita dapat tahu mereka pula jual pada RM2juta. Sebab tu kena bijak menetapkan harga. Dalam kes begini, biasa kita tetapkan jadual bayaran terus dan deposit sebelum memulakan kerja.
Apa-apa pun, terpulanglah pada keselesaan masing-masing. Kita mungkin lebih selesai dengan sesuatu pihak dan menggunakan pendekatan telus sekiranya kita pernah berurusniaga dengan mereka sebelum ini. Dan pendekatan harga tetap mungkin boleh digunakan untuk mereka yang baru kenal dengan kita.
3 replies on “Freelancer dan Urusniaga dengan Pihak Fronting”
Saya panggil “orang tengah”.
bwt jomweb.my nak down ke? slow banget
entah. mungkin masalah di DNS atau redirection. JOMWEB.TV dan JOMWEB.COM.MY ok pula.