Saya berkesempatan untuk bersembang dengan Asep Bagja dari Bali, yang merupakan programmer di belakang sistem Tania. Tania adalah sebuah sistem open source yang boleh membantu menguruskan hasil tani anda. Malah dengan sokongan sensor dan IoT, kita boleh mula mengumpulkan data berkenaan suhu, kesesuaian air, dan lain-lain.
Asep mulanya membangunkan sistem ini untuk pertanian hidroponiknya. Namun apabila ditawarkan secara open source, ia mula mendapat perhatian pengguna seluruh dunia. Kini Tania mempunyai pelanggan dari Sweden, Portugal, United Kingdom, USA dan lain-lain lagi.
Boleh tonton video ini untuk cerita lanjut.