Semalam saya Malaysia Cartoon & Comic House dan mendapat layanan daripada Encik Tazidi Yusof, Presiden Pekartun (Persatuan Kartunis KL & Selangor), juga dahulunya Head Artis di Gila-Gila.
Encik Tazidi juga adalah Exhibition Manager di galeri ini. Banyak yang mereka usahakan untuk mengumpul dan mengarkib hasil komik tanahair untuk pameran di sini. Mereka ada koleksi 30,000 hasil kerja artis tempatan dari pelbagai zaman. Yang menariknya, galeri ini akan merombak pameran setiap 3 bulan untuk memaparkan koleksi dan pameran yang berbeza dalam simpanan mereka.
Malaysia Cartoon & Comic House juga menawarkan kelas komik mingguan. Selain daripada melukis, pelatih juga diajar tentang typography, layout, dll. Encik Tazidi menerangkan bahawa pelatih patut boleh menghasilkan komik dengan baik selepas 3 bulan. Terbuka untuk kanak-kanak dan dewasa. Tak ingat berapa Encik Tazidi kata tadi, tapi rasanya dalam RM100-150 sebulan.
Memang seronok melihat artwork original lama dan mempelajari tentang sejarah industri ini. Antara cerita lain yang menarik adalah di mana mereka sedang usahakan untuk menerbitkan hasil kerja arwah Zoy dengan komik persilatan dalam bentuk majalah komik.
Kalau terbit, saya akan beli.
Dua tahun lepas saya ke Kyoto dan melawat International Manga Museum. Bangga melihat usaha sebegini di tanahair juga.