Ini bukan kelas pengenalan atau permulaan. Mereka yang ingin mengikuti kelas ini mesti mempunyai sedikit asas dalam Codeigniter.

 

Codeigniter adalah sebuah kerangka pembangunan aplikasi web berasaskan PHP, menggunakan konsep model-view-controller (MVC). Ianya adalah sebuah projek open source yang digunakan ramai programmer PHP di dunia ini. Inilah platform yang saya gunakan untuk membina aplikasi web lewat ini. Ada yang saya binakan aplikasi untuk kerajaan dan ada juga untuk klien dari sektor swasta.

Dengan Codeigniter, pembangunan aplikasi web semakin mudah, pantas dan lebih terancang.

Memang terdapat banyak lagi kerangka MVC lain selain daripada Codeigniter. Tapi bagi saya Codeigniter adalah MVC yang bagus untuk mula memahami konsep MVC dan mula mempraktikkannya. Ianya mudah dipelajari dan mudah juga untuk diajar.

Maka, selama dua (2) hari pada tarikh yang saya nyatakan di bawah, saya akan membuat satu sessi pembelajaran pantas untuk mereka yang berminat untuk mempelajari Codeigniter.

Kenapa Mendalami Codeigniter?

Banyak kelebihannya.

Sekiranya anda seorang freelancer, anda boleh membina aplikasi dengan lebih pantas. Dengan masa yang terluang, dapatlah anda beri perhatian kepada projek baru.

Sekiranya anda tak pernah mengambil projek pembangunan, mungkin Codeigniter akan memberikan keyakinan yang anda perlukan. Segalanya akan lebih mudah, lebih pantas. Dan sebuah projek pembangunan aplikasi jelas boleh membawa RM10,000, mungkin lebih untuk sebuah projek.

Sekiranya anda bekerja dalam bidang pembangunan web ini, ini mungkin sebabnya kenapa anda masih tak naik pangkat, masih tak naik gaji. Mereka dengan idea yang bernas dan kemahiran untuk melaksanakan idea itu sentiasa ke hadapan. Mungkin juga anda tidak pasti teknologi apa yang ada dan boleh digunakan. Maka di sinilah anda akan pelajarinya.

Sekiranya anda masih menuntut di IPT, sekolah pun mungkin, ini pastinya satu kemahiran yang seronok untuk dipelajari. Tambahan pula kemahiran pembangunan dengan MVC memang dicari-cari oleh syarikat-syarikat di luar sana. Mereka mahukan projek yang senang diurus, boleh dipindahkan kepada programmer baru dengan mudah. Maka syarikat-syarikat korporat juga menggunakan Codeigniter di dalam projek-projek mereka. Ini kerana Codeigniter mempunyai dokumentasi yang lengkap dan mudah dipelajari. Sesiapa sahaja mengetahui Codeigniter boleh mengambilalih projek Codeigniter tanpa banyak masa untuk mempelajarinya.

Dan sekiranya kerja dan projek klien bukan apa yang anda cita-citakan, mengetahui Codeigniter boleh membantu dalam pembangunan aplikasi anda sendiri untuk dijual. Banyak produk software yang dijual di internet adalah berasaskan Codeigniter. Ada yang menjual secara langganan bulanan. Ada yang menjual kod terus kepada pelanggan. Caranya anda yang tentukan.

Apa yang boleh dibina dengan Codeigniter?

Percayakah antara terdapat banyak laman web dan produk di Internet menggunakan Codeigniter. Dari sekecil-kecil projek sehingga kepada yang mempunyai ribuan pengguna dan trafik yang tinggi. Ini adalah beberapa web yang dibangunkan dengan Codeigniter.

Apa Yang Akan Dipelajari?

  • Memahami konsep MVC dan pengurusan pembangunan projek aplikasi web
  • Cara pantas membina login-logout untuk pengguna aplikasi
  • Cara pantas membina aplikasi menguruskan data-data di dalam pengkalan data (CRUD)
  • Pemprosesan borang dan data
  • Keadah interaksi aplikasi dengan pengkalan data (ActiveRecord)
  • Menguruskan dan memisahkan data aplikasi dengan rekabentuk web
  • Membina aplikasi yang berinteraksi secara AJAX
  • Kaedah manipulasi URL (routing)
  • Kaedah DRY (don’t repeat yourself)
  • Memahami tentang tetapan sistem
  • Mengenal dan menggunakan Hook
  • Mengenal dan menggunakan pelbagai jenis cache (Database cache, Page cache, Variable cache)
  • Mengenal dan lebih memahami Session
  • … dan bermacam-macam lagi

Pra-Syarat Kemasukan

Mestilah mengetahui dan berpengalaman dalam membina laman web dengan

  • PHP
  • MySQL
  • HTML
  • Asas dengan Codeigniter
  • bawa komputer riba sendiri

Maklumat Sessi Woksyop Pantas Codeigniter

Tarikh & Masa
3 & 4 Jun 2017
(Sabtu & Ahad, 2 hari)
9:00 pagi hingga 6:00 petang

Tempat
Bakal diumumkan, sekitar Gombak & Hulu Kelang

Yuran

Pendaftaran Umum – RM450

Pendaftaran Pelajar IPT atau Sekolah – RM250

Siapa Iszuddin Ismail?

Saya adalah PHP programmer yang telah mula berkecimpung degan dunia PHP sejak 2001. Saya juga adalah programmer yang telah membangunkan projek seperti E-Sentral.com, UPLOADnSELL.com (telah dijual), dan juga telah membangunkan beberapa projek untuk Universiti Sains Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Persatuan Usahawan Internet Malaysia, beberapa rakan-rakan usahawan. Selain itu, saya juga adalah admin untuk group programmer di Facebook yang dinamakan JOMWEB.

Bagi saya Codeigniter ini sangat hebat, mudah dipelajari dan mudah diajar. Sekiranya anda tidak pernah menggunakan apa-apa framework PHP, Codeigniter adalah tempat permulaan yang bagus. Selepas ini, sekiranya mahu, anda boleh pelajari pula framework lain seperti Laravel, Yii, CakePHP atau yang lain-lain.

Leave a comment

Leave a Reply