Tutorial Git, Bahagian 2 – Aplikasi Klien Git Berasaskan GUI

Bahagian pertama tutorial ini lebih untuk pengenalan.

Sebelum kita sambung dengan pelbagai operasi Git, mungkin elok saya perkenalkan beberapa aplikasi klien Git yang memudahkan kerja. Iyalah, susah nak ingat macam-macam arahan untuk Git ni.

Dengan menggunakan aplikasi GUI, segala operasi Git akan lebih jelas secara visual. Dan banyak operasi yang kita perlukan, boleh dilaksana dengan point-and-click menggunakan mouse.

Ini adalah beberapa pilihan…

gitk-gitgui

Git GUI & Gitk – Aplikasi ini sepatutnya aplikasi GUI yang pertama anda gunakan untuk Git. Ianya datang bersama dengan Git. Dengan ini, anda boleh melihat rangka perjalanan pembangunan anda secara visual. Terdapat untuk Windows, Mac dan Linux.


tortoisegit

TortoiseGit – TortoiseSVN adalah sebuah aplikasi pengurusaan kod menggunakan pendekatan SVN (kaedah lain selain Git). Aplikasi ini diubah dan dibangunkan untuk menyokong Git pula. Antara aplikasi terbaik untuk Windows. Ianya banyak berinteraksi di samping File Explorer Windows. Ianya percuma.


sourcetree

SourceTree – Sebuah aplikasi daripada Atlassian, yang merupakan sebuah syarikat yang menawarkan aplikasi lain kepada syarikat pembangun perisian seperti pengurusan projek, hosting untuk Git, dan lain-lain. Aplikasi percuma ini memerlukan pendaftaran sebagai ahli (percuma) di Atlassian. Ianya juga menyokong pendekatan Mercurial (kaedah lain selain Git dan SVN). Terdapat untuk Windows dan Mac.


github-windows

Github for Windows – Penggunaannya lebih khusus untuk hosting Git di Github.com, namun boleh juga untuk kegunaan Git secara local (di komputer peribadi).


github-for-mac

Github for Mac – Nampaknya Github tidak melupakan pengguna-pengguna Mac. Sefaham saya, ianya berlainan daripada Github for Windows. Maka GUInya memang berbeza.


Blame205

Git Extensionstambahan 15 Julai 2013, 3.46pm. Terima kasih kepada Ikhwan Hayat yang berkongsi berkenaan aplikasi klien Git ini. Nampaknya agak hebat juga dengan pelbagai ciri-ciri menarik. Di laman webnya juga terdapat video dan dokumentasi yang lengkap tentang cara penggunaan.

Bagi menyambung tutorial ini kelak, saya mungkin akan banyak menggunakan TortoiseGit, GitGUI dan Gitk (dan sedikit Git Bash). Namun terpulang kepada citarasa masing-masing untuk mencuba mana-mana aplikasi di atas. SourceTree juga tidak kurang hebat rasanya.

 

2 thoughts on “Tutorial Git, Bahagian 2 – Aplikasi Klien Git Berasaskan GUI”

Leave a Reply