Mencari Jalan Pulang: Cabaran Programming Maze dari Lizard-Apps.com

Lebih kurang dua minggu lepas, saya menjumpai blog Menno dari Lizard-Apps.com yang mencabar programmer untuk menyelesaikan masalah maze dengan menulis algorithm dalam apa jua bahasa yang kita biasa. Saya rasa ianya agak menarik. Maka saya pun mencubanya. Saya tidak menulis apa-apa di blog ini pada ketika itu kerana saya ingin membiarkan Menno mengumumkan hasil penyertaan umum sebelum menulis post ini.

Hari ini, Menno telah mengumumkan penyelesaiannya dan penyertaan yang diterima. Jadi hari ini saya berikan anda penyelesaian saya, sama seperti yang saya hantarkan kepada Menno. Ianya sekarang berada di Github.

PHP Maze Recursion Solving ]

Saya mempunyai idea kasar untuk menyelesaikan masalah ini. Tetapi apabila recursion saya tidak menjadi, saya mencari algorithm di Internet. Saya jumpai sebuah algorithm oleh Robert I. Pitts dari Boston University yang tidak jauh daripada idea saya.

Secara amnya, ini adalah kod saya. Ianya menggunakan PHP. Dan ianya adalah untuk dijalankan di command line dan bukan di web.