Node-Webkit: Jalan Pintas Membina Aplikasi Desktop Untuk Windows, Mac Dan Linux Bagi Web Programmer

Setelah sekian lama membina aplikasi web, agak berkarat kemahiran membina aplikasi untuk desktop. Kali terakhir membina aplikasi desktop adalah dengan Delphi. Dah berkurun rasanya. HTML, Javascript, CSS dan PHP lebih menjadi makanan harian. Malah bahasa scripting bash dan arahan command line Linux kadang-kala menjadi bahan minum petang.

Beberapa minggu lepas ada juga saya mencuba Visual Studio Express (VSE) untuk Desktop. Jadilah Hello-World saya. Tetapi kalau kita gunakan VSE, kita hanya membina aplikasi untuk Windows.

node-homepage

Baru-baru ni saya diperkenalkan Node-Webkit oleh Zulfa Junaidi (kenalan JOMWEB dan developer hebat di hasrimy.com). Node-Webkit adalah sebuah projek open source yang menggabungkan NodeJS dan engine pelayar Webkit (atau Chromium Embedded Framework) untuk pembangunan aplikasi desktop. Yang lebih menarik, seorang web programmer kini dengan mudah boleh membina aplikasi untuk Windows, Mac dan Linux sekali gus!
Continue reading Node-Webkit: Jalan Pintas Membina Aplikasi Desktop Untuk Windows, Mac Dan Linux Bagi Web Programmer