Saham, Startup dan CTO

Mula-mula saya menulis di Facebook. Tetapi saya rasa elok saya buat satu post rasmi di blog saya sendiri. Ini adalah kisah bagaimana saya bekerja di syarikat sekarang ini, memegang jawatan CTO dengan gaji dan ekuiti.

Jadi berikut adalah salinan semula artikel saya di Facebook saya…


Baru-baru ini ada kisah yang jadi viral berkenaan startup, CTO dan tawaran ekuiti dalam syarikat bagi CTO ini. Dipendekkan cerita, pada mulanya CTO muda ditawarkan ekuiti dan dia pun bekerja secara percuma. Setelah beberapa ketika dan kerja telah yang dibuat, syarikat mula mendapat perhatian pelabur. Bagi memenuhi beberapa kriteria, syarikat baru ditubuhkan. Namun nama CTO tiada sebagai pemegang saham. Gaji tiada, ekuiti pun tiada. Lebih malang lagi, tiada perjanjian hitam putih. Bila ditanya, pelbagai helah dan alasan diberikan. Nyata CTO telah ditipu.

Saya terpanggil untuk bercerita kisah saya apabila saya mengambil jawatan CTO dalam sebuah startup. Rezeki saya, saya mendapat pegangan saham dan juga gaji, dan tak pernah bekerja tanpa gaji untuk mereka.

Rezeki saya, saya mendapat pegangan saham dan juga gaji, dan tak pernah bekerja tanpa gaji untuk mereka.

Jadi inilah kisahnya…

Continue reading Saham, Startup dan CTO