Ada beberapa syarikat di Malaysia yang membina SaaS bertaraf dunia. Dan saya bangga dengan hal ini. Ini beberapa syarikat Malaysia yang membina SaaS yang mungkin anda tidak ketahui :

Ini adalah beberapa yang saya tahu…

QuickSchools.com –┬áDimulakan oleh Aris Samad, kini beroperasi dari San Francisco. Ianya membantu ratusan sekolah di America dan seluruh dunia menguruskan sekolah.

Linktrackr.com – Sebuah aplikasi untuk memantau trafik pada pautan tertentu. Ianya lebih untuk kegunaan pemasaran Internet. Dimulakan oleh Gobala Krishnan.

OfficeCentral.com.my – Salah satu produk oleh Ir. Aziz Ismail, yang juga bekas president TeAM. Merangkumi pelbagai modul untuk pengurusan perniagaan dan pejabat.

ARMS F&B – Dibina oleh Websmith ATP dari Bukit Mertajam. Antara pembangun utamanya adalah Tan Yin See yang banyak mengambil bahagian dalam hackathon di Malaysia, terutamanya melibatkan mobile.

ShopStrap.com – Zharfan Mazli yang juga menjual aplikasi tempahan slot masa online (online booking) di NeptuneScripts.com membawakan ShopStrap.com ke persada Internet tempatan.

WebShaper.com.my – Antara pembangun aplikasi e-commerce terawal untuk pasaran tempatan, WebShaper yang dibangunkan oleh Adrian Oh turut membantu umum dalam pembelajaran pemasaran Internet.

Ked.ai – Dibangunkan oleh Arsyan Ismail bersama ByteCraft, ianya adalah aplikasi menjual untuk umum. Sangat memudahkan proses membina web untuk menyenaraikan barang untuk dijual.

PiktoChart – Andrea Zaggia (pembangun) dari Itali bertapak di Malaysia untuk membangunkan PiktoChart bersama Ai Ching (bisnes). Ianya adalah aplikasi grafik yang membantu rekaan infografik.

TableFour.us – Azizi Khalid yang kerap berulang dari Malaysia dan Australia membangunkan aplikasi tempahan meja restoran. Modul pemilik restoran juga banyak membantu dalam pengurusan pelanggan.

Saya mengalu-alukan cadangan senarai syarikat-syarikat lain. Mungkin saya boleh buat post yang baru untuk pusingan kedua nanti.

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Leave a Reply