Categories
Business SaaS

SaaS dari Malaysia, Bahagian 2

Saya cuba kumpulkan lagi web yang menarik untuk kompilasi SaaS dari Malaysia kali ini. Hasil daripada carian dan cadangan kawan-kawan, ini beberapa lagi yang saya kenalpasti.

SirraVoicemail.com mensasarkan usahawan di US dengan aplikasi rakaman mesej telefon yang ringkas.

JomNiaga.com, oleh Gobala Krishnan, menjadi platform affiliate untuk usahawan Internet di Malaysia

UrusKelas.com, cuba mempermudahkan proses memungut yuran untuk guru tusyen, tadika dan pusat tusyen.

ZenClouds.com, oleh AIST di Melaka, sangat inovatif dalam membangunkan sendiri pelbagai aplikasi untuk developer. Antaranya termasuk pengurusan DNS dan juga pemantauan server.

Evenesis.com, membantu pengurusan majlis, pendaftaran dan kehadiran untuk bisnes di Malaysia.

TreeZsoft.com, sebuah aplikasi perakaunan untuk perniagaan di Malaysia.

MySoftInn.com, sebuah aplikasi yang membantu hotel menguruskan bilik, pengunjung dan tempahan secara online.

HighrisePro.com, membantu pihak pengurusan kondo dan apartment mengutip yuran, mengawal komuniti dan lain-lain hal berkaitan kondo.

Leave a Reply