MySQL DigitalOcean Tersungkur

Blog ini memang menggunakan DigitalOcean. Tetapi kebelakangan ini (macamlah dah lama sangat), MySQL kerap tersungkur. Pada mulanya saya hanya login kembali ke SSH dan hidupkan (reboot) semula MySQL. Hiduplah balik blog ini. Tetapi pembacaan lanjut mencadangkan saya mencuba “swapping” untuk server Ubuntu ini.

Setelah membuat setup swapping, masalah yang sebelumnya belum berulang lagi. Tapi mungkin terlalu awal untuk bergembira. Kita tunggu dulu.

Saya mengikut panduan ini untuk setup swapping dalam Ubuntu saya.

https://www.digitalocean.com/community/articles/how-to-add-swap-on-ubuntu-12-04

Leave a Reply