Membina Aplikasi Web Dan Menjana $5000 Sebulan Dalam Tempoh 6 Bulan – Berani?

Saya tertarik dengan cabaran yang dimulakan oleh Nathan Barry ini. Cabarannya adalah untuk membina sebuah aplikasi web dan menjual secara SaaS (software-as-a-service) dan menjana $5000 sebulan, kesemua dalam tempoh masa 6 bulan.

http://nathanbarry.com/starting-web-app-challenge/

Di blog Nathan, awak boleh membaca juga post-post yang ditag dengan frasathe web app challenge untuk membaca tentang perkembangan projek ini. Tempoh projek sudah berakhir. Dan saya  pasti awak mesti tertanya-tanya sama ada dia berjaya ataupun tidak.

Melihat kepada rakan-rakan internet yang saya kenali, ada beberapa programmer yang hebat-hebat dan “entrepreneurial”. Malah ada juga yang telah melancarkan SaaS mereka sendiri.

Antaranya adalah:

  • Zharfan dengan ShopStrap.com
  • Gobala Krishnan dengan JomNiaga.com dan Linktrackr.com
  • Aris Samad yang mengusahakan QuickSchools.com dari San Francisco
  • Ahmad Amran yang menawarkan beberapa aplikasi hosting melalui ZenClouds.com

Mungkin lebih ramai lagi di antara kita boleh memulakan sebuah projek kecil. Mana tahu dari yang kecil ini menjadi $5000 sebulan, dan mungkin juta-jutaan kelak.

Untuk hosting, mungkin boleh jimat dulu dengan DigitalOcean.

Leave a Reply