5 Syarikat IT Dari Malaysia Yang Diam-Diam Buat Duit

Lewat ini saya perasan, kebanyakan orang berlumba-lumba ikut trend dan membina startup. Hasilnya lambakan startup yang hampir serupa. Tapi pasal ikut trend ni, bukanlah benda yang baru. Cuma saya yang rimas melihatnya.

Ingat lagi trend search engine, trend group buying, trend social network…?

Sekarang pun tengah ada trend yang tengah panas. Yang tahu tu, maklum sahajalah apa yang saya maksudkan. Nak dikatakan salah, tak salah juga. Tak salah buat benda yang orang dah buat. Google pun bukanlah search engine pertama. Facebook pun bukanlah social network pertama juga.

Iyalah… saya yang rimas tengok.

Cumanya, mungkin bila trend macam ni bermula, VC dan Angel pun ikut trend mencari startup yang semacam itu juga yang untuk dibiayai. Jadi startup dibina hanya untuk mengejar duit VC. Maka tidak hairanlah kalau hasilnya lambakan startup yang hampir serupa.

Tapi dalam masa yang sama, ada orang lain membina bisnes dalam diam. Dia tak glamer tapi bila masuk headline rupa-rupanya dah besar dah mereka ni.

Jadi saya senaraikan beberapa syarikat yang saya tahu, oleh orang Malaysia yang diam-diam buat duit melalui syarikat IT. Kalau tahu ada syarikat lain yang macam ni, mungkin boleh tambah di komen.

* Kredit gambar, Melanis Kuipers, http://www.freeimages.com/photo/busy-people-1440643

Continue reading 5 Syarikat IT Dari Malaysia Yang Diam-Diam Buat Duit

NEF-JOMWEB Ketengahkan Kepakaran ICT Tempatan Melalui 17 Projek Di JOMLAUNCH

10 Oktober 2015
Content Malaysia Pitching Centre, FINAS
Kuala Lumpur

Siang tadi berlangsungnya majlis JOMLAUNCH yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) dan komuniti pembangun IT JOMWEB. Majlis telah berlangsung sepanjang hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Content Malaysia Pitching Centre, FINAS di KL Sentral.

JOMLAUNCH adalah sebuah majlis di mana pihak individu mahupun syarikat boleh menunjukkan projek dan hasil kerja dalam bidang ICT yang telah dibangunkan kepada umum. Majlis ini bertujuan untuk meraikan mereka yang terlibat dalam pembangunan ICT dan juga mengetengahkan bakat-bakat hebat tempatan dalam bidang ini. Penekanan diberikan kepada teknologi dan kaedah yang digunakan dalam pembangunan ICT dan bukannya aspek komersil sesebuah projek.

Oleh yang demikian, projek-projek yang dipertontonkan dibahagikan kepada empat kategori; 1) komersil 2) peribadi 3) sumber terbuka (open source) 4) komuniti.

17 buah projek ICT hasil rekacipta dan inovasi tempatan telah dipertontonkan kepada umum.

Di samping projek-projek yang dipertontonkan, majlis juga dihadiri oleh presiden NEF, Ashran Dato’ Ghazi yang memberi penerangan tentang NEF dan fungsi NEF dalam industri. Satu slot juga diperuntukkan untuk perkongsian pengalaman beberapa peserta program eStanford ke Silicon Valley, USA oleh MaGIC. Slot tersebut telah dikendalikan oleh Yusno Yunus dan Farid Nor dari Evenesis dan juga Aizah dari Mad Cat.

Majlis ini dijayakan hasil tajaan dan kerjasama sukarelawan dari JOMWEB dan NEF, NEF sendiri, Evenesis, Katsana, Content Malaysia Pitching Centre dan juga Pixaworks.

Berikut adalah projek-projek yang telah dipertontonkan kepada umum.

Continue reading NEF-JOMWEB Ketengahkan Kepakaran ICT Tempatan Melalui 17 Projek Di JOMLAUNCH

Temuramah Akif Rabbani, 17, Pembangun Trackback.my

akif-2
Jejaki segala penghantaran pelanggan di satu tempat – https://trackback.my

Akif Rabbani adalah seorang lagi bakat hebat yang saya kenali dari JOMWEB.my. Baru berumur 17 tahun tetapi telah menghasilkan produk yang hebat, setanding pesaing luar negara. Produk yang dihasilkan adalah Trackback.my, sebuah perisian web yang mampu menjejaki pakej yang dihantar melalui pelbagai syarikat kurier.

Buat masa ini, Trackback.my mampu menjejaki pakej yang dihantar melalui 12 perkhidmatan kurier di Malaysia iaitu PosLaju, GDExpress, City-Link Express, Ta-q-bin, SkyNet, ABX Express Malaysia, Kangaroo Malaysia, Nationwide Express, PosDaftar, Airpak Express, DHL Express dan Pos Express.

Continue reading Temuramah Akif Rabbani, 17, Pembangun Trackback.my

10 Things I Learned About Katsana GPS, That I Did Not Know Before

katsana-pikom-skmm-3
The Katsana website. http://www.katsana.com

Last weekend, I was fortunate to be given some slots to manage during the PIKOM Fair, at the MCMC’s booth. I had eight slots and among that I invited to speak was friends from JOMWEB community.

I make sure that I have one slot reserved for Katsana GPS. Katsana is a product developed by Pixelated Sdn. Bhd. Their team comprises for fairly young dads I supposed. But  they have developed an interesting solution for end-user car GPS tracking.

So far I know that their lead developer, Mior Muhammad Zaki is a top-notch PHP programmer, a top Github user, top contributor to the Laravel framework and also the creator of the Orchestra Platform. I also know that Katsana is developed with Orchestra Platform. Katsana also won a spot in the first round of the Teraju’s SUPERB grant, which gave them an extra RM500,000 in grants.

And I also know… hmm… wait! That’s pretty much it. So during the talk by Syed Ahmad Fuqaha, who is the CEO of Katsana, also a really tech- and business-savvy guy, I made sure that I paid attention.

Continue reading 10 Things I Learned About Katsana GPS, That I Did Not Know Before

Interview with Dispatch Bot’s CTO, Brad Seefeld

dispatchbot

I am fortunate that the people at DispatchBot is nice enough to entertain my request. Their CTO, Brad Seefeld and I went back and forth a few times in email for this. I haven’t had the time to translate this in Malay. So here it is, my interview with Brad, in English…

Perhaps I will translate this to Malay later, or if I get myself a volunteer. 🙂

1 – Can you tell me about your background as in school, education, professional training?

I graduated with a Bachelors in Software Engineering from the University of Washington in 2009. Throughout school I did freelancing for some fairly basic web applications and e-commerce websites. After undergrad, I started working for a financial risk management company. I also applied to grad school and received my masters in Software Engineering in 2012. It was an evening program so I was able to work and go to school at the same time.

scheduler

2 – Can you tell me about your previous career before working on DispatchBot?

Continue reading Interview with Dispatch Bot’s CTO, Brad Seefeld

SaaS dari Malaysia, Bahagian 2

Saya cuba kumpulkan lagi web yang menarik untuk kompilasi SaaS dari Malaysia kali ini. Hasil daripada carian dan cadangan kawan-kawan, ini beberapa lagi yang saya kenalpasti.

SirraVoicemail.com mensasarkan usahawan di US dengan aplikasi rakaman mesej telefon yang ringkas.

JomNiaga.com, oleh Gobala Krishnan, menjadi platform affiliate untuk usahawan Internet di Malaysia

UrusKelas.com, cuba mempermudahkan proses memungut yuran untuk guru tusyen, tadika dan pusat tusyen.

ZenClouds.com, oleh AIST di Melaka, sangat inovatif dalam membangunkan sendiri pelbagai aplikasi untuk developer. Antaranya termasuk pengurusan DNS dan juga pemantauan server.

Evenesis.com, membantu pengurusan majlis, pendaftaran dan kehadiran untuk bisnes di Malaysia.

TreeZsoft.com, sebuah aplikasi perakaunan untuk perniagaan di Malaysia.

MySoftInn.com, sebuah aplikasi yang membantu hotel menguruskan bilik, pengunjung dan tempahan secara online.

HighrisePro.com, membantu pihak pengurusan kondo dan apartment mengutip yuran, mengawal komuniti dan lain-lain hal berkaitan kondo.

AgriBazaar, marketplace untuk Petani, Penternak, Usahawan Desa dan Pembeli

Semasa berpameran di Digital Lifestyle Expo, saya bertemu dengan beberapa projek inisiatif kerajaan yang menarik. Salah satunya adalah AgriBazaar, sebuah marketplace untuk petani, penternak, usahawan desa dan pembeli.

Bersembang dengan admin web ini, Cik Sudha, web ini bermula pada 2008 dahulu. Pasukan mereka kerap berada di tapak-tapak ekspo dan pameran yang melibatkan kementerian mereka. Namun rasanya mungkin masih kurang pendedahan. Maka ini sumbangan saya. Mungkin boleh war-warkan kepada rakan yang terlibat di dalam industri ini.

[ http://agribazaar.com.my ]

 

UrusKelas.com, SaaS untuk Tuisyen, Tadika dan Taska

Saya diperkenalkan kepada projek ini oleh rakan di pejabat semalam. Ianya oleh Muhammad Firdaus Arif dan rakan beliau. Saya belum pasti bagaimana ianya berfungsi tetapi ianya disasarkan untuk tadika, taska dan kelas tuisyen.

Firdaus juga banyak membaca dan berkongsi tentang strategi bisnes di blognya. Lewat ini nampaknya banyak berkongsi tentang Lean Startup dan juga perkongsian mengenai buku Getting Real oleh 37Signals. Mungkin inilah hasil mengaplikasikan hasil bacaan itu.

Tahniah untuk pelancaran ini dan selamat maju jaya.

Uruskelas.com
Uruskelas.com

SaaS Dari Malaysia

Ada beberapa syarikat di Malaysia yang membina SaaS bertaraf dunia. Dan saya bangga dengan hal ini. Ini beberapa syarikat Malaysia yang membina SaaS yang mungkin anda tidak ketahui :

Ini adalah beberapa yang saya tahu…

Continue reading SaaS Dari Malaysia