KidinoCI – Projek Modifikasi Codeigniter Dengan Integrasi TankAuth, GroceryCRUD

Saya telah memulakan satu projek baru di Github. Anda boleh gunakannya ikut kesesuaian sendiri dan projek ini diedarkan dengan lesen open source MIT.

Saya ni takdelah pantas nak mengikut dan tangkap teknologi terkini dalam programming. Walaupun ramai yang dah beralih ke Laravel (mungkin saya perlu juga nanti), saya masih gunakan Codeigniter. Kalau nak saya rumuskan, Codeigniter ni senang untuk belajar, senang untuk diajar dan senang untuk deploy.

Apa-apa pun, inilah dia KidinoCI, sebuah modifikasi Codeigniter dengan integrasi ciri-ciri tersebut:

  • Codeigniter 3
  • Tema Bootstrap 3
  • GroceryCRUD – untuk pengurusan data dan menyokong ciri soft delete
  • MY_Model oleh averiner untuk operasi database selain GroceryCRUD
  • TankAuth – untuk login, logout, forget password, register, dll
  • Kaedah DRY melalui Public_Controller, Loggedin_Controller
  • Modul pengurusan pengguna
  • Modul pengurusan profil peribadi
  • Modul ACL dengan groups and permission
  • Modul Contacts / Address Book yang menggunakan GroceryCRUD

Pada saya, dengan ini mudahlah nak mula membangunkan aplikasi web berasaskan PHP. Setup sahaja, login, logout, pembangunan form dan tables, banyak benda-benda tu dah ada.

Harap-harap membantu.

KidinoCI
https://github.com/kidino/kidinoci

Nota:

Cara Ringkas Memantau Laman Web Masih Hidup Dengan PHP (Website Up Time Monitoring)

Saya pasang “website monitoring” ni beberapa bulan lalu. Tiada apa yang berlaku. Jadinya saya tiada menerima sebarang makluman daripada skrip PHP ringkas ini. Tapi hari ini tiba-tiba saya mula menerima email.

“website-orang.com has been down for 00:05:00”

Apa?! Memang saya terkejut. Ini laman web klien besar. Dahlah sebelum ni ada masalah besar yang berlaku. Ianya antara sebab kenapa saya pasang monitoring ni.

Jadi perkara pertama yang saya buat adalah mencuba laman web tersebut dengan pelayar Chrome. Eh? Boleh saja. Kenapa ni ya?

Jadi saya pun hubungi syarikat hosting yang saya gunakan. Ini antara maklumbalas yang saya terima.

Network Disruption Details:
There is network disruption for international link and only certain location clients will be affected when connect to all MY network IP.

We will perform a details check on this and post another updates once it become available.

Rupanya trafik dari luar Malaysia tidak boleh akses laman web ini. Skrip “monitoring” saya ni memang berada di server di luar negara. Jadi sebab itulah skrip ini tak boleh akses laman web klien, tetapi bila saya buka dengan Chrome, boleh pula.

Sebenarnya, bila saya berkongsi tentang hal masalah network ini di Facebook, ada yang bertanya perihal skrip yang saya gunakan. Jadi saya kongsikan di sini.

Skrip PHP ini saya gunakan dengan penjadualan Cron. Ianya berjalan selang 5 minit. Dan pastikan bila anda gunakan ini, skrip tidak berada di server yang sama dengan laman web yang ingin dipantau.

 

Ini Github Gist saya. Selamat mencuba.