MySQL DigitalOcean Tersungkur

Blog ini memang menggunakan DigitalOcean. Tetapi kebelakangan ini (macamlah dah lama sangat), MySQL kerap tersungkur. Pada mulanya saya hanya login kembali ke SSH dan hidupkan (reboot) semula MySQL. Hiduplah balik blog ini. Tetapi pembacaan lanjut mencadangkan saya mencuba “swapping” untuk server Ubuntu ini.

Setelah membuat setup swapping, masalah yang sebelumnya belum berulang lagi. Tapi mungkin terlalu awal untuk bergembira. Kita tunggu dulu.

Saya mengikut panduan ini untuk setup swapping dalam Ubuntu saya.

https://www.digitalocean.com/community/articles/how-to-add-swap-on-ubuntu-12-04

Git Hosting Percuma Dengan 100,000 Repo dan Jumlah Pengguna Tanpa Had

Saya pun masih baru dengan Git ni semua. Kalau yang baru berkecimpung, antara pilihan yang mula dikenali untuk khidmat hosting Git pastinya GitHub dan BitBucket. Memang bagus keduanya itu.

GitHub membenarkan pengguna memulakan projek Git terbuka tanpa had. Projek terbuka bermakna pengguna GitHub lain boleh mendapatkan source code kita. Malah boleh juga menyumbangkan pengubahsuaian dan penambahbaikan mereka kepada projek kita. Kita perlu membayar apabila ingin memulakan projek tertutup.

BitBucket pula membenarkan jumlah projek Git tertutup tanpa had. Tetapi ianya hanya membenarkan kita menjemput sehingga lima (5) pengguna sahaja untuk membantu dalam projek-projek tertutup kita. Sekiranya pasukan pembangun kita mula berkembang, kita mungkin perlu lebih daripada 5 pengguna untuk projek-projek kita. Di saat itu,    BitBucket akan meminta kita membayar.

Continue reading Git Hosting Percuma Dengan 100,000 Repo dan Jumlah Pengguna Tanpa Had