Categories
Uncategorized

Cabaran Web CSS Layout di JOMWEB dengan Hadiah Ratusan Ringgit

css-codeIanya bermula secara suka-suka. Tetapi nampaknya macam semakin serius. Beberapa rakan-rakan menawar diri untuk menjadi penaja. Dan cubaan saya menghubungi beberapa pihak nampaknya berhasil apabila JetBrains bersetuju menaja lesen versi peribadi untuk PhpStorm bagi pemenang.

Apa yang berlaku adalah di mana JOMWEB sedang menganjurkan sebuah pertandingan di mana developer yang ingin turut serta perlu membangunkan satu laman dengan hanya HTML dan CSS. Gambar dan Javascript tidak dibenarkan.

Setakat ini saya sudah menerima beberapa penyertaan. Malah ada pihak yang menaja, yang tidak boleh memenangi hadiah juga berminat untuk menayangkan kemahiran.

Kenapa pertandingan ini dilakukan? Secara amnya saya suka mengetengahkan pakar-pakar tempatan dan kemahiran mereka. Saya juga suka melihat kebolehan dan kehebatan orang-orang Malaysia. Dan apabila pakar-pakar ini dikenalpasti, ini juga menjadi peluang agar kita semua boleh belajar sesama sendiri.

Sekiranya anda berkemahiran dalam HTML dan CSS, maka ini peluang untuk anda menunjukkan kemahiran. Malah anda mungkin memenangi hadiah yang ditawarkan, bernilai ratusan ringgit (ya, budget ciput… tapi syukur dan terima kasih kepada penaja).

http://jomweb.my/cabaran-css.html ]

Leave a Reply