Lewat ini saya perasan, kebanyakan orang berlumba-lumba ikut trend dan membina startup. Hasilnya lambakan startup yang hampir serupa. Tapi pasal ikut trend ni, bukanlah benda yang baru. Cuma saya yang rimas melihatnya.
Ingat lagi trend search engine, trend group buying, trend social network…?
Sekarang pun tengah ada trend yang tengah panas. Yang tahu tu, maklum sahajalah apa yang saya maksudkan. Nak dikatakan salah, tak salah juga. Tak salah buat benda yang orang dah buat. Google pun bukanlah search engine pertama. Facebook pun bukanlah social network pertama juga.
Iyalah… saya yang rimas tengok.
Cumanya, mungkin bila trend macam ni bermula, VC dan Angel pun ikut trend mencari startup yang semacam itu juga yang untuk dibiayai. Jadi startup dibina hanya untuk mengejar duit VC. Maka tidak hairanlah kalau hasilnya lambakan startup yang hampir serupa.
Tapi dalam masa yang sama, ada orang lain membina bisnes dalam diam. Dia tak glamer tapi bila masuk headline rupa-rupanya dah besar dah mereka ni.
Jadi saya senaraikan beberapa syarikat yang saya tahu, oleh orang Malaysia yang diam-diam buat duit melalui syarikat IT. Kalau tahu ada syarikat lain yang macam ni, mungkin boleh tambah di komen.
* Kredit gambar, Melanis Kuipers, http://www.freeimages.com/photo/busy-people-1440643
Silverlake Axis
Goh Peng Ooi, berasal dari Malaysia dan pada 1989, menubuhkan Silverlake Axis. Pada 2002 Silverlake disenaraikan di Bursa Singapora. Dulu macam dia diam-diam saja. Tapi sejak diwar-warkan sebagai “tech billionaire” dari SEA, ramai dah mula tahu. Silverlake Axis menawarkan sistem perbankan untuk kebanyakan bank di rantau ini.
http://www.forbes.com/sites/laurahe/2013/05/31/new-malaysian-software-billionaire-goh-peng-ooi-sees-his-fortune-more-than-double-over-past-year/
IFCA Consulting
Mungkin mereka yang dalam bidang hartanah pun tak tahu pasal syarikat ni, melainkan mereka terlibat dalam pengurusan kewangan. Bloomberg telah melaporkan bahawa IFCA adalah syarikat IT yang mana sahamnya telah meningkat naik paling banyak pada tahun 2014. Berapa? 1300%! Ini terutamanya apabila mereka berjaya menembusi pasaran China.
http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-04-12/the-world-s-top-software-stock-is-surging-1-300-in-kuala-lumpur
123RF.com
Andy Sitt menubuhkan 123RF dan menawarkan “stock photo” pada 2005. Kini syarikat ini beroperasi dari 44 pejabat di seluruh dunia. 123RF didaftarkan di Amerika Syarikat. Saya dapat tahu ini pun dari kawan di MaGIC. Rasanya mungkin Andy pernah berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan di MaGIC. Khabarnya bakal listing di bursa yang besar.
https://www.linkedin.com/pub/andy-sitt/24/60a/7b2
CWORKS Systems Berhad
Ditubuhkan pada 2001, Syarikat ini menawarkan Computerized Maintenance and Management System (CMMS). Kini ianya menjadi pilihan utama untuk CMMS serata dunia, dengan pelanggan dari USA, Australia, Kanada, Filipina, United Kingdom, Arab Saudi dan lain-lain. Syarikat ini juga tersenarai di Bursa Malaysia.
http://cworks.com.my
MyBiz Solutions
Syarikat ini membina sistem ERP untuk pelanggan. Pada 2013, mereka telah tersenarai dalam laporan berprestij Gartner Quadrant bersama syarikat seperti SAP, IBM, dan lain-lain. Ini meletakkan mereka antara syarikat ERP terbaik dunia. Khabarnya, sejak itu mereka semakin mengembangkan perniagaan ke luar negara.
http://www.scribd.com/doc/208839487/Gartner-MQ-2013-Sourcing-Suites
Tetapi mungkinkah syarikat dan startup yang biasa kita tahu (atau glamer) ini mensasarkan pelanggan umum, yang mana hampir setiap orang adalah potensi pelanggan. Ataupun juga syarikat yang membina perisian “web tools” atau untuk pemasaran online. Maka syarikat seperti Uber, GrabTaxi, AirBnB, DigitalOcean, MOZ, Mailchimp, dan seumpama mereka ini lebih kita ketahui?
Tapi syarikat yang “diam-diam buat duit” lebih menjurus kepada B2B dan khusus dalam industri yang tertentu.
Saya alu-alukan sebarang maklumbalas dan komen. Kalau tahu lagi syarikat seumpama ini, boleh tulis di komen.
13 replies on “5 Syarikat IT Dari Malaysia Yang Diam-Diam Buat Duit”
Im on my way. In Shaa Allah
great sharing, diam diam buat duit
IFCA merupakan GST Compliance company dimalaysia. Main player untuk GST implementation. Kalau bukan kerana gst this company is nothing.
Betul, GST menjadi sebab kenapa customers mereka meningkat. Banyak IT vendor yang meningkat naik sebab GST-compliance, macam OfficeCentral.com.my. Tapi nak dikatakan IFCA “nothing” tanpa GST itu tidak betul. Mereka berjaya menembusi pasaran China, dan sebelum tu Indonesia. Juga rasanya, even sebelum cerita GST pun, IFCA memang dah “corner” banyak property developer di Malaysia. Niche mereka memang dalam property developer companies.
Ifca dah lama naik sebelum gst implemented
inspiring (y) . Lately startup mmg byk b2c, sbb b2b hanya org teknikal yg ada idea bt duit
Hm..inspirasi ni.. kadang2 ada idea sama tapi paparan berbeza. Tak gitu
Tak semua startup comp nk kejar vc dgn angel pun…tahu tak apa objektif sebenarnya buat startup..comp2 yg diam2 kaya nie..tuan tahu ke sapa belakang funder diorg.. cuba renungkan2 ..startup kt Msia sering dipandang rendah oleh rakyat Msia sendiri…jgn tuan rimas sgt..sepatutnya support startup Msia.. cuba pergi ke India dan China utk tgk startup comp sana siapa yg support. .
Ya. Kita support juga. Banyak yang saya pernah guna. Sekadar ingat-ingat. Kalau market kita sebesar China dan India mungkin tak jadi masalah.
Pernah menguna apps maintenance dari CWorks. Banyak membantu.
Ada syarikat dengan nama TERAS Teknologi yang menyediakan perkhidmatan teknologi bayaran tol, parking dan bas.
Dengar cerita untuk operasi pada tahun lepas syarikat ini mencatatkan pendapatan melebihi rm100 juta dengan kakitangan seramai 140 orang.
123RF tu memang power.
Ada member kerja kat situ, dengar cerita dia ada bercuti di oversea at least 2 tahun skali; paid trip. Peh.
😀
hi..sya nak propose office di cyberjaya 1 block 16 unit untuk di sewa/jual…khas untuk syarikat2 I.T..boleh PM sya ye