Programmer Bersilat

Apa salahnya belajar Silat dan juga Karate?

Bergurukan Tok Ali dan bersenseikan Mas Oyama?

Semuanya untuk mengenal diri, mempertingkatkan kebolehan.

Tak perlulah nak berdebat yang mana hebat.

Yang membezakan si pembawa juga.

Tak bolehkah semua pengamal saling menyokong?

Bersama menaikkan seni beladiri tanpa bongkak dan sombong.

Samalah juga dunia ICT.

Tulang belakang segala industri.

Apa salahnya sama mendokong Microsoft dan juga Linux?

Pengguna Mac mahupun Windows.

Memilih PHP, Java, Coldfusion (ya!), ataupun .NET?

Kenapa nak mempertikai.

Semua ini masing-masing yang pakai.

Hasil, produk dan perisian yang menjadi ukuran.

Sebagai sumbangan diri kepada sekalian.

Kan lebih baik bersama meningkatkan kemahiran.

Dalam pengaturcaraan, devop dan pemikiran.

Agar semua mencapai kemajuan.

Dengan apa jua platform pilihan.

Membanding untuk berbincang, sebagai pelajaran dan mencari kebaikan.

Tak perlu mengutuk mana yang buruk.

Mengeji yang tidak serasi.

Ini bukan masa untuk mendabik dada tanda kehebatan.

Hentikan perkelahian.

Cari titik persamaan.

 

Photo by Adib Wahab https://www.flickr.com/photos/adibwahab/